Ini bukan April Fools - Amir Masdi positif Covid-19

Ini bukan April Fools – Amir Masdi positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amir Masdi, 25, mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19, hari ini.

Menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya, jelas pemilik nama penuh Amir Syazwan Masdi itu, setakat ini masih belum ada sebarang gejala yang membuatkan kondisi badannya tidak sihat.

“Ini bukan April fools. Akhirnya tewas dengan Covid-19.

“Saya minta maaf kepada semua klien, kawan-kawan dan orang sekeliling kerana ini mungkin penyebab urusan tergendala dan terjejas.

“Setakat ini, tiada tanda-tanda gejala dan saya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah,” tulisnya.

Pada masa sama penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Sakiti itu berharap khalayak mendoakan kesejahteraan buat dirinya.

“Insya-Allah segalanya akan baik-baik sahaja. Tolong jaga diri dan berhati-hati selalu,” katanya lagi.

Menerusi perkongsian sama, Amir turut memuat naik tangkap layar MySejahtera yang mengesahkan dirinya positif Covid-19 tahap CAT1 dan laporan ujian makmal RTK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya