Gitaris BPR, Haron Amat meninggal dunia

Gitaris BPR, Haron Amat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gitaris kedua kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Haron Amat, meninggal dunia akibat kanser darah, hari ini.

Lapor sebuah portal tempatan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam, di Hospital Ampang.

Menurut anak perempuannya, Hana Nafisah Haron, kesihatan arwah bapanya merosot sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan, pada 3 Mac lalu.

“Arwah kerap demam sepanjang sebulan ini. Malah, arwah mengalami ruam pada bahagian badan, tetapi hanya diubati dengan menyapu krim kulit.

“Doktor mengesahkan arwah menghidap penyakit kanser darah dan dimasukkan ke ICU pada 3 Mac lalu.

“Selepas keluar hospital, arwah melakukan proses kimoterapi. Pernah suatu ketika, arwah demam teruk dan keluarga memutuskan untuk membawanya ke hospital,” katanya.

Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai, selepas solat Asar, petang tadi.

Gitaris BPR yang popular dengan lagu Dari Sinar Mata itu meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya