Dia terima atau tidak, terpulang - Roslan Shah

Dia terima atau tidak, terpulang – Roslan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah menegaskan permintaan maaf yang dibuat secara terbuka kepada penyanyi, Ifa Raziah bukan untuk mencari publisiti.

Sebaliknya, kata anak kelahiran Singapura ini, tindakan itu dibuat untuk menamatkan permusuhan antara kedua-kedua pihak yang berlarutan setelah sekian lama.

“Saya nak move on. Kita pun tak tahu kita hidup sampai bila. Bagi saya, perkara lepas jangan dikenang. Dah berlalu.

“Bagi saya, sebagai Islam, saya dah menjalankan tanggungjawab dengan meminta maaf. Tak nak bermusuh atau bermasam muka lagi.

“Apa-apa pun, terpulang kepada pihak sebelah sana untuk terima. Dia terima atau tidak, terpulang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dedah Roslan, dia baru-baru ini ada menghantarkan mesej kepada Ifa menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, mesej tersebut dihantar untuk menghubungi Ifa, mengajak dia dan suami untuk bersemuka dengannya bagi menutup persengketaan mereka yang sudah berlanjutan selama lima tahun.

“Tapi dia tak respon. Hanya sekadar baca sahaja mesej yang saya hantarkan kepadanya.

“Tak mengapalah kalau dia tak beri maklum balas pun. kita manusia, sedangkan Allah SWT pun ampunkan hambanya,” katanya lagi.

Kongsi Roslan atau Cik Lan lagi, dia menghormati Ifa yang ada mengirimkan ucapan takziah kepadanya menerusi seorang kawan ketika ibunya meninggal dunia.

Katanya, itu juga antara sebab mengapa dia ingin berbaik semula dengan usahawan tersebut.

“Bila mak saya meninggal pada 2019, dia ada sampaikan salam takziah menerusi kawan rapat saya.

“Saya tersentuh dan saya ucapkan terima kasih kepada dia kerana dia ingat dan prihatin.

“Walaupun kami lima tahun bersengketa, mak saya meninggal dia tetap ingat dan kirim ucapan takziah. Saya hormati kebaikannya itu.

“Tetapi itulah. Dia ada hak untuk terima atau tidak permohonan maaf saya. Begitu juga saya, ada hak untuk meminta maaf. Saya tak mahu panjang-panjangkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya