Berlakon sahaja tak kaya… - Rosnah Mat Aris - Utusan Malaysia

Berlakon sahaja tak kaya… – Rosnah Mat Aris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rosnah Mat Aris, seorang figura seni yang mempunyai kedudukan sendiri dalam industri hiburan tanah air.

Watak apa yang tidak dapat dilunaskan pelakon ini, setiap karakter dapat dijiwainya dengan baik dan sempurna.

Bercerita tentang pendapatan artis tempatan, dia menjelaskan adalah penting bagi seorang anak seni mencari sumber rezeki berbeza.

Bagi Rosnah, anak senit idak kira tua atau muda sebaiknya mempunyai pendapatan sampingan misalnya berniaga, kerana baginya untuk mengharapkan dari lakonan sahaja tidak cukup.

Dia yang sudah ‘terbiasa’ berniaga menjual makanan di gerai mahupun bazar Ramadan sebelum ini, menyifatkan dia tidak sama sekali berasa malu jika berniaga di kawasan seperti itu sebagai sampingan lebih kerana minatnya yang mendalam dalam berniaga makanan.

“Artis Malaysia tidak kaya jika mereka tiada back up bisnes. Mesti perlu ada, berlakon sahaja tidak cukup. semua benda kita nak beli dengan wang. Tiada yang percuma.

“Orang Malaysia ini nak kata itu, sederhana lah. Bukan miskin dan bukan kaya sangat, serdahana. Kecuali ada back up bisnes.

“Seperti saya, apa-apa perniagaan pun saya tidak kisah. Saya tidak malu mencari rezeki berniaga di bazar Ramadan. Malah, saya lagi suka,” katanya ketika ditemu bual.

Mengulas lanjut, ia adalah satu keseronokan buat pelakon filem popular Mami Jarum Junior ini apabila dapat memberi makanan yang enak dan berkualiti kepada pembeli.

“Kali terakhir saya berniaga di bazar lima tahun lepas di bazar Ramadan Danau Kota, Kuala Lumpur. Saya sendiri turun padang dengan anak-anak berniaga bersama-sama,” katanya.

Bercakap soal isu tular ramai pembeli bagai rasa ‘tertipu’ apabila membeli makanan yang basi dan berulat, bagi Rosnah sebaghai peniaga, kualiti produk adalah satu keberkatan rezeki.

Katanya, ia mungkin terjadi kerana lesen berniaga diberikan atas nama individu atas nama individu lain, manakala yang berniaga pula orang lain.

“Saya setuju. Ia kerana apabila diberi berniaga atas nama kita, tetapi yang membuat itu adalah orang asing yang rasanya tidak sama. Perkara ini haruslah dipantau.

“Kita boleh lihat sendiri, muka-muka peniaga baharu tetapi makanan orang lama juga sedap kan kerana ia dibuat sendiri.

“Orang sekarang ambil pekerja baharu yang kerja untuk nak gaji sahaja. Di sini jadilah isu lantak kau lah laku atau tidak,” tuturnya.

Saya tiada media sosial
“Saya ini tiada media sosial. Sejak dulu lagu saya tidak pernah ada. Sebab saya tidak mahu ada perkara yang menganggu jika nama saya terpalit dengan mana-mana isu.”

Itu reaksi pelakon itu apabila ditanya adakah memang benar dirinya tidak mempunyai media sosial.

Kata pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu, segelintir masyarakat akan tetap mencari salah seseorang selebriti itu walaupun dia tidak mempunyai media sosial.

“Ada atau tidak, orang tetap mengata. Ada sahaja perkara yang buat mereka tidak berpuas hati.

“Minta maaf, saya tiada masa hendak melayan telefon. Macam ini lah, kalau dulu orang mengumpat kita depan atau belakang, tahu-tahu sampai sahaja.

“Jika sekarang di media sosial ini, buat atau tidak buat pun, tetap dapat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya