KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Anzalna Nasir mengumumkan dia sedang hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya, kandungan kini sudah mencecah lapan bulan.
“Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another ‘Eid’ baby. Insya-Allah,” ujarnya.
Dalam perkongsian sama, Anzalna turut memohon agar khalayak mendoakan agar proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.
Serentak dengan hantaran tersebut, majoriti rakan-rakan industri hiburan membanjiri ruangan komen.
“Alhamdulillah, Tahniah Anzalna,” komen Sherry Alhadad dan Mira Filzah serta ramai lagi seperti Farah Nabilah, Betty Rahmad, Siti Saleha, dan Anita Baharom.
Menarik perhatian umum juga, iaitu komen Elfira Loy.
“Tahniah Anzalna, samalah kita ya,” komen Elfira dengan mendapat tanda like sebanyak 30.
Sebagai informasi, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 34, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung lelaki selepas tiga tahun berkahwin.
Terdahulu, anak sulung Pelakon Memori Cinta Suraya iaitu Eidrees, dilahirkan pada bulan Syawal iaitu 31 Mei 2019.