Suria FM saji pengisian khas sepanjang Ramadan

Angkat tema Kumpul Pahala, Suria FM saji pengisian khas sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stesen radio terkenal, Suria FM, tampil memperkenalkan pengisian khas dan menarik bertemakan Kumpul Pahala sepanjang Ramadan pada kali ini.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd. Majid yang lebih mesra disapa DJ Lin, pengisian tersebut sedikit sebanyak dapat bersama-sama melipat gandakan amalan bersama pendengar.

Selain itu, stesen radio itu juga sentiasa menitikberatkan variasi pengisian pada bulan mulia ini agar dapat memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

“Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Dengan konsep begitu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala dalam usaha menyeru orang ramai untuk sama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini.
 
“Suria FM begitu menitik beratkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat.

“Pada masa sama, memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital,” katanya dalam kenyataan.

Sekadar informasi, pengisian tersebut merangkumi program ilmiah, hiburan, shorties serta peraduan yang disajikan di Suria FM.

Antara pengisian Kumpul Pahala yang telah mula diperdengarkan adalah Tadabbur Suria bersama Quran Humaira dan 30 Hari Mencari Cinta Ilahi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya