Zul Ariffin beri kerjasama dengan SKMM

Zul Ariffin beri kerjasama dengan SKMM

ZUL ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zul Ariffin, 35, mengesahkan hari ini telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung kontroversi drama berjudul Perempuan Itu.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Zul menerusi ruangan Instagram Stories (IGS) di akaunnya petang tadi namun tidak mengulas panjang berhubung perkara tersebut.

“Hari ini saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SKMM berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama berjudul Perempuan Itu,”katanya ringkas.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah memaklumkan melalui Twitter pagi tadi mengenai satu siasatan yang akan dijalankan terhadap Zul.

Menurutnya, pelakon itu akan disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berikutan perkongsian video babak panas yang tular membabitkan dia dengan pelakon baru, Siti Hariesa, baru-baru ini.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang menyalahi undang undang,” tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran yang sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Pada Isnin, Zul akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas teruk dikecam lantaran telah membangkitkan kemarahan ramai dengan memuat naik klip aksi panas di platform yang sama.

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Itu iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Malah, Ain berkata rakaman tersebut juga akan digunakan untuk tujuan promosi sekiranya ia bersesuaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya