Trofi AJL36 milik Pelukan Angkasa

Trofi AJL36 milik Pelukan Angkasa

ajl36
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menepati ramalan, lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36). Program itu disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kumpulan SOG, Raja Nazrin Syah dan Fazleena Hishamuddin selaku penulis lirik membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara AJL36 menjadi milik lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim dan nyanyian Marsha Milan. Sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli ciptaannya bersama Datuk A Aida. Sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Aina, dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik.  Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik. Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence bersama trofi.

Selain itu, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar. Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

Rentak Kita

AJL36 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara. Manakala Sissy Iman dan Sean Lee sebagai hos karpet merah.

Mengetengahkan tema Ini Rentak Kita, malam kemuncak AJL36 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Mas Idayu. Dia membawa lagu berjudul Bolehlah Boleh, Datuk Jamal Abdillah dengan lagu berjudul Samrah Mentari ,Ayda Jebat menerusi lagu Pencuri Hati dan kumpulan Cassia.

Dayang Nurfaizah juga membuat kemunculan istimewa di pentas AJL36 kali ini dengan membawakan lagu khas Noir yang menjadi penaja utama acara pada malam tadi.

Segmen interlude menyaksikan persembahan yang bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings menerusi lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan, Opera Hidup

Edisi ke-36 telah diadili oleh barisan juri Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Tahun ini menyaksikan penganjuran AJL dengan dihadiri oleh seramai 200 penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Penganjuran juga dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya