Traci Braxton meninggal dunia - Utusan Malaysia

Traci Braxton meninggal dunia

TRACI Braxton meninggal dunia akibat kanser esofagus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Adik kepada penyanyi terkenal Toni Braxton, Traci Braxton menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun.

Berita duka itu disahkan Toni baru-baru ini.

Maklum Toni, Traci yang juga seorang penyanyi meninggal dunia selepas sekian lama berperang dengan kanser esofagus.

“Dia bagaikan cahaya menyinari. Seorang anak dan adik yang baik, ibu, isteri dan nenek penyayang. Dia juga seorang penghibur yang dihormati.

“Kami akan merindukannya,” kata Toni.Traci Braxton meninggal dunia

Mendiang merupakan salah seorang ahli keluarga Braxton yang popular menerusi rancangan realiti Braxton Family Value.

Traci juga adalah seorang pelakon dan penyanyi yang pernah menerbitkan album pada 2014 dan 2018.

Dia meninggalkan suami, Kevin Suratt dan seorang anak lelaki bernama, Kevin Suratt Jr.

Suratt Jr. menerusi Instagramnya meluahkan kesedihan menerusi satu perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini.

“Saya sayangkan dia selamanya, kehilangannya amat menyakitkan. Tetapi saya lega kerana mengetahui dia sudah tidak lagi dalam kesakitan,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya