Seni lakon amat mahal - Ogy Ahmad Daud - Utusan Malaysia

Seni lakon amat mahal – Ogy Ahmad Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seniwati tanah air,  Ogy Ahmad Daud mengakui dirinya letih dengan budaya kerja yang diamalkan sebilangan besar penggiat seni pada masa kini.

Kata penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1985 dan 1986 itu, kebanyakan penggiat seni hari ini tidak melalui proses yang betul, seperti yang dilalui ketika era kegemilangannya dahulu.

“Bagi saya seni lakon amat mahal. Tetapi penggiat seni sekarang tidak melalui proses yang saya lalui dahulu.

“Antara adalah skrip reading dan latihan. Ini cara yang tepat. Cara kita hormati seni lakon. Kalau tidak, tak ke mana,” tegasnya.

Ogy berkata demikian ketika menghadiri majlis pratonton filem pendek, Asrar, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim dan pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam.

Asrar merupakan filem pendek pertama yang diarahkan seniwati tersebut.

Bercakap tentang itu, Ogy berkata timbul beberapa sebab mengapa beliau terbuka hati untuk menggalas tanggungjawab mengarahkan filem jenis itu.

“Terus terang, ramai yang tidak mempercayai saya boleh melakukannya. Kedua, ramai yang menakut-nakutkan orang dengan menggambarkan cara kerja saya begini dan begini.

“Saya bertanya semula kepada diri saya, sampai bila saya perlu mendengar apa yang dikatakan orang? Sedangkan saya tahu, saya bukan begitu,” katanya.

Pada masa yang sama, Ogy juga menegaskan industri perfileman dan drama sebenarnya mendahagakan pelapis yang satu hari nanti boleh diangkat sebagai seniwati dan seniman negara, bukan pempengaruh media sosial.

“Industri mendambakan aktor dan aktres , seniman dan seniwati Yang bijak dan berani explore untuk berada di dalam industri. Bukan influencer.

“Satu hari nanti, saya akan berhenti. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak mempunyai kesinambungan. Tak salah, mereka ini yang terpilih dilatih dan dibimbing oleh guru-guru yang jujur dan ikhlas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya