Sedih dengan industri ini, dua tahun Allah uji - Fizz Fairuz - Utusan Malaysia

Sedih dengan industri ini, dua tahun Allah uji – Fizz Fairuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, antara selebriti yang turut memberi respon berhubung isu klip video aksi ‘panas’ dalam drama Perempuan Itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Munafik itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Fizz, dia berharap isu yang berlaku berkenaan dapat memberi pengajaran buat semua.

“Bila tidak dijaga beginilah. Kadang-kadang sedih dengan industri ini…dua tahun Allah uji.

“Kita mulakan dengan perkara baharu, bukan perkara baharu macam ini. Adoi, keluar di televisyen atau tidak, kita ada adab kot.

“Jangan syok sendiri. Harap pengajaran buat semua. Menteri Agama Islam Malaysia pun dah bersuara. Harap ada lah sikit tindakan,” katanya.

Menjengah perkongsian di Instastory pula, Fizz turut meluahkan rasa hairan babak berkenaan boleh dikeluarkan.

Sedangkan babak seperti itu menerusi naskhah yang lain, akan dikenakan tindakan oleh pihak tertentu malah digam stesen televisyen.

“Aku tidak faham, babak bercumbu macam itu boleh lepas, sedangkan orang lain buat babak seperti itu kena tindakan.

“Sampai kena gam dengan stesen… tapi adab itu entah kemana, main sedap sahaja…

“Agak-agak lah.. tahulah tengah ‘in’.. ke yang lain tututp mata, semata-mata nak tular. Haha,” coretnya di Instastory.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya