Rupanya ramai peminat masih menanti - Konsert 'Reunion' Boboy selepas 20 tahun - Utusan Malaysia

Rupanya ramai peminat masih menanti – Konsert ‘Reunion’ Boboy selepas 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan remaja yang pernah mencetus fenomena sekitar awal 2000, Boboy akhirnya bersatu kembali selepas hampir 20 tahun tidak mengadakan persembahan pentas bersama.

Menurut Naqiu yang juga vokalis, dia menyifatkan ‘reunion’ kumpulan itu adalah hadiah istimewa buat peminat serta penyokong muzik mereka yang sudah lama menantikan kemunculan semula kumpulan.

“Sebelum saya muncul di Gegar Vaganza (GV) lagi, ramai peminat yang bertanya bila kami akan kembali menghasilkan lagu baru.

“Walaupun sudah lebih 15 tahun kami menyepi, rupanya ramai peminat masih menanti dan berharap untuk kami kembali.

“Mereka setia bersama kami sejak awal tahun 2000 lagi dan kini matang bersama kami,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Konsert Minggu Ini (KMI) Naqiu dan Boboy di Auditorium Perdana, Angakasapuri.

Mengulas lanjut, Naqiu memaklumkan hubungan mereka masih seperti dahulu walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

Tambahnya lagi, Boboy bakal menampilkan single terbaharu kumpulan itu yang bakal dikeluarkan selepas Aidilfitri.

“Alhamdulillah kami semua masih berkawan baik, berhubung antara satu sama lain walaupun semua sudah membawa haluan sendiri dan membina kehidupan masing-masing.

“Jadi perancangan untuk kembali bersatu tidak sukar dan berjalan dengan lancar. Insya-Allah, kami akan menghasilkan sebuah lagu baru selepas hari raya nanti.

“Ini adalah buah tangan paling bermakna buat semua peminat,” kongsinya lagi.

Boboy dianggotai oleh Naqiu selaku vokalis, Shah, pemain gitar utama, Muz, pemain gitar kedua, Didi, pemain bass serta Dzul di posisi drum.

Sekadar informasi, Naqiu mendirikan rumah tangga bersama Hanisah Zuhari pada tahun 2011 dan kini mempunyai lima cahaya mata.

Shah berkahwin dengan Noor Nadia dan kini mempunyai sepasang cahaya mata, dan Dzul pula berstatus bapa tunggal dan membesarkan seorang anak.

Manakala, Didi mendirikan rumah tangga bersama Dayana Ahmad dan kini mempunyai dua cahaya mata lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya