PETALING JAYA: Penyanyi, Zur Eda, memaklumkan kediamannya turut dilanda air bah ekoran hujan lebat di beberapa kawasan di negeri Selangor, baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Pelitaku itu menerusi beberapa perkongsian gambar di entri Instagram semalam.
Zur eda bagaimanapun reda dengan ujian daripada Ilahi buat dia sekeluarga walau tidak sempat untuk menyelamatkan barang berharga ekoran air terlalu deras memasuki rumahnya.
Dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku terhadap seluruh ahli keluarganya.
“Simpan sini untuk kenangan Februari 2022. Rumah dilanda bajir. Air masuk terlalu laju sampai tidak sempat nak angkat barang-barang berharga.
“Tetapi masih bersyukur kami anak beranak dan cucu-cucu semua selamat,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, Zul Edar sempat mengucapkan penghargaan buat kenalan rapat yang tidak henti bertanya khabar buat mereka sekeluarga.
“Terima kasih kawan-kawan yang membuat panggilan dan WhatsApp tidak henti-henti bertanya khabar dan mendoakan buat saya sekeluarga.
“Insya-Allah, Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik. Amin,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain mendoakan yang baik-baik buat penyanyi senior itu.
“Kak, semoga terus sabar dan kuat,” komen penyanyi Haiza Hanafi.
“Allahuakbar, semoga urusan kakak dipermudahkan dan bertabah ya,” komen pemilik akaun @fj_2121.
“Allahu, semoga kakak tabah hadapi dugaan. Insya-Allah, Allah ganti rezeki yang luas nanti. Amin,” komen pemilik akaun @shafie_sharmie. – UTUSAN