Pembedahan plastik? Saya cuma senyum saja - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Pembedahan plastik? Saya cuma senyum saja – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Kini berketrampilan lebih segak dan menarik, penyanyi popular, Hael Husaini, 34, bagaimanapun menepis dakwaan yang menganggap dirinya ada melakukan rawatan pembedahan plastik untuk tujuan tersebut.

Akui penyanyi lagu Jampi dan Haram ini, dia sendiri ada mendengar gosip sebegitu timbul namun tidak tahu dari mana punca tuduhan tidak berasas itu bermula.

“Pasal ini, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tak apalah, saya senyum saja. Pada pandangan saya, makin kita meningkat tua semakin kita pandailah jaga diri.

“Waktu muda itu dulu mungkin kita tak begitu pandai nak jaga penampilan. Tapi bila dah semakin dewasa ini kita dengan sendirinya pandai jaga dengan lebih disiplin,” katanya.

Selain itu, kata Hael, dia juga percaya dengan komitmen yang diberikan oleh pengurusan belakang tabir, bukan sahaja aspek kerjaya nyanyian, tetapi meliputi bab imejnya juga.Pembedahan plastik? Saya cuma senyum saja – Hael Husaini

“Saya akui dulu tak pandai dan tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.

“Kalau dulu, umpamanya saya ni sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera,” katanya.

Hael berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, di sini, hari ini.

Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu merupakan acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.

Festival terbesar ramadan itu juga mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.

Selain itu, dalam perkembangan lain, dia yang kini merupakan bapa angkat kepada tiga anak mengaku semakin seronok dengan fasa baharunya bersama keluarga.

Pun begitu, masih kekal dengan prinsip tidak terlalu mendedahkan kehidupannya bersama anak-anak di media sosial, Hael mengaku lebih selesa dengan keputusan tersebut.

“Semakin saya meningkat dewasa ini, rasa lebih selesa untuk cuma berkongsi kerja-kerja saya. Cuma tak adalah pula saya katakan untuk tidak langsung berkongsi gambar-gambar mereka di media sosial.

“Ada, tapi mungkin tidak kerap sangatlah. Saya tahu peminat dan pengikut mungkin nak tahu, tetapi biarlah begini. Yang penting saya kena cari duit buat keluarga,” katanya

Untuk info, pada tahun 2017 Hael atau nama sebenarnya Hael Husaini Razmi mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Helena yang kini berusia lima tahun.

Kemudian pada tahun 2021, Hael tampil mengumumkan mengenai hasratnya mengambil anak kembar yang diberi nama Healmy dan Healman yang kini berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya