OTwo tembusi pasaran Indonesia - Utusan Malaysia

OTwo tembusi pasaran Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Band tempatan, OTwo mencipta sejarah tersendiri setelah lagu terbaharu mereka, Hitam berjaya menembusi pasaran Indonesia.

Lagu tersebut telah dilancarkan di negara itu pada 1 Mac lalu dan dimainkan di lebih 40 stesen radio di sana.

Kumpulan terbabit juga telah diundang ke Indonesia bagi memenuhi jemputan untuk ditemu bual beberapa stesen radio dan agensi berita di sana.

Pemain dram OTwo, Anep berkata lagu Hitam mempunyai kekuatan tersendiri yang membuatkan ia diterima baik di Indonesia.

“Lagu ini mendapat sambutan luar biasa di Indonesia kerana ia adalah single pertama OTwo yang dilahirkan dalam bentuk rock ballad dan eksklusif.

“Sebelum ini, lagu-lagu kami pernah juga diputarkan di sana akan tetapi tidak tular seperti lagu Hitam.

“40 buah radio di Indonesia mempromosikannya secara serentak. Ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi kami,” katanya.

Hitam mengisahkan tentang hati manusia yang hitam. Ia menceritakan jalan hidup seseorang yang menanggung kesan daripada perbuatan manusia berhati hitam.

Kata Izan selaku vokalis, ekoran penerimaan luar biasa, pihak pengurusan di Indonesia merancang untuk menerbangkan kesemua anggota kumpulan OTwo ke sana untuk mengikuti rangka promosi di stesen televisyen di negara itu dan membuat persembahan di beberapa konsert di sana.

“Harapan OTwo adalah untuk bersaing secara sihat di dalam industri muzik tanah air serta membawa nama Malaysia ke beberapa buah negara.

“Dengan pengalaman yang ada, kami yakin kami mampu mewarnai industri muzik tanah air serta mengharumkan nama negara di Indonesia,” katanya.

OTwo ditubuhkan pada tahun 1997 dan dianggotai tiga pemuzik berbakat termasuk Alan, Anep dan Izan.

Lagu Hitam ciptaan Alan dan lirik ditulisnya bersama Anep dan Izan telah dilancarkan secara eksklusif di saluran-saluran digital seperti Youtube, Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan KKBox.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya