Obat Rindu Kucaimars, Suara Kayu - Utusan Malaysia

Obat Rindu Kucaimars, Suara Kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, bintang Big Stage 2019, Kucaimars berkolaborasi dengan duo pop-folk terkenal asal Jakarta, Suara Kayu, menerusi sebuah lagu berjudul Obat Rindu.

Single tersebut, yang easy-listening serta flirty dinyanyikan dengan cara yang unik hasil paduan dua karakter vokal dua penyanyi.

Kata salah seorang anggota Suara Kayu, Ingrid, lagu berkenaan menceritakan tentang hubungan cinta jarak jauh.

“Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang.

“Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” katanya.

Seorang lagi anggota duo tersebut, Dewangga, memberitahu proses rakaman bagi lagu berkenaan telah dilakukan secara jarak jauh, hampir menyamai mesej yang disampaikan dalam lagu.

“Menariknya lagu ini, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Kucaimars yang berasal dari
Malaysia.

“Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh,” jelasnya.

Kucaimars pula menerusi satu temu ramah yang diadakan baru-baru ini meluahkan rasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari negara jiran itu.

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya