Nelydia dan Ayana terima lamaran MINAZ Hijab - Utusan Malaysia

Nelydia dan Ayana terima lamaran MINAZ Hijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jenama popular, MINAZ Hijab terus optimis dalam memperkasakan pengaruhnya dalam dunia tekstil apabila kini tampil mengumumkan pelakon dan pempengaruh Nelydia Senrose dan Ayana Jihye Moon sebagai wajah kempen MINAZ Blooming Raya.

Ia juga adalah seiring dengan strategi pemasaran mereka dalam menarik lebih ramai lagi pengguna dan peminat hijab jenama berkenaan sepanjang bulan Ramadan ini termasuk dalam menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada Mei nanti.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ, pihaknya memilih kedua-dua selebriti terkenal itu selepas meletakkan keyakinan kepada pesona dan personaliti masing-masing.

“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.

“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya.

“Ayana pula bergelar mualaf sejak usia muda. Kisahnya sendiri telah memberikan kami inspirasi terutamanya sebagai seorang muslim yang berhijab. Kami ingin bawakan bukan sahaja selebriti, malah seorang ikon yang cukup dikenali dan memberikan inspirasi dengan kisah hijrahnya bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia,” katanya.

Bersyukur dengan keseluruhan proses pemilihan wajah baru kempen berkenaan yang berjalan dengan lancar, Pija MINAZ juga mensasarkan sebanyak 2 juta helai jualan tudung bawal sehingga penghujung tahun ini.

“Kami yakin sasaran jualan 2 juta helai tudung itu dapat dijual tahun ini dengan misi mahu membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan.

“Sekali gus bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kami juga berkongsi rezeki dengan tajaan pakej umrah tahun depan buat ejen dan stokis yang mencapai sasaran jualan ditetapkan tahun ini.

“Kami juga dalam masa sama sedang mengisi kekosongan stokis di tiga buah negeri iaitu di Melaka, Perlis dan Sarawak,”katanya.

Jenama yang diperkenalkan Ogos tahun lalu itu sudah menambat hati ramai penggemar bawal fabrik kapas seluruh negara.

“Fabrik kapas klasik voile amat eksklusif, berkualiti tinggi dan antara terbaik yang kami pernah pasarkan. Ia juga bawal mudah bentuk. Paling utama ia dijual pada harga mampu milik, RM29.

“12 tahun bukan sesuatu yang mudah untuk mencuri perhatian ramai. Liku-liku hidup dilalui hingga pernah rasa ingin mengalah. Namun keyakinan datang dengan semangat positif,” katanya.

Koleksi keempat selepas menampilkan Nora Danish dan Kilafairy itu dilancarkan 31 Mac (malam ini) di www.minaz.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya