KUALA LUMPUR : Jenama kesihatan dan kecantikan, Kamya Glow mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty.
Terus melakar sukses tersendiri, produk di bawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.
Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, pengasasnya, Puan Erna Elliyana Rosli,33, menyifatkan anugerah yang diraih membakar semangat selain menjadi penanda aras baru buat Kamya Glow.
“Sudah pasti saya dan pasukan rasa bangga dan bersyukur. Meski masih boleh dikira baru, namun jenama ini pantas dikenali seiring dengan kualiti yang kami ketengahkan. Malah bila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.
“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan ‘mindset’ bahawa, situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.
“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.
“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski kami sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya.
Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, ibu kepada empat cahaya mata ini juga mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerjanya.
Terdahulu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang berjaya menempa jenama di peringkat nasional.
“Saya juga bersyukur kerana mempunyai ‘team’ yang efisyen, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.
“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri di kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.
“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.
“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau ‘influencer’ juga penting,” katanya yang tidak tidak menafikan cabaran di dalam meneruskan bisnes sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda di negara ini.
Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek Bosco Ryzal.