KUALA LUMPUR : Penggunaan bengkung lazimnya digunakan golongan wanita tidak kira sama ada untuk tujuan kecantikan mahupun kesihatan.
Namun seiring peredaran masa, penggunaannya turut digunakan meluas oleh golongan lelaki. Namun, permasalahan timbul kerana kebanyakan bengkung yang terdapat di pasaran cuma mengkhususkan penggunaannya kepada kaum wanita.
Mengambil inisiatif, jenama peneraju bengkung, Razowa menghadirkan inovasi baharu produk itu khusus untuk golongan lelaki.
Menurut pengasas Razowa, Hartini Halim, menerusi penghasilan inovasi Zuko Men’s Girdle, pihaknya sangat optimis untuk mensasarkan penggunaan bengkung itu secara meluas dlaam berkongsi manfaat kesihatan bersama.
“Bengkung mungkin ada yang melihat ia sekadar mitos untuk cantik. Namun jelas jika dilihat pada aspek kesihatan, ia menyokong masalah tulang belakang dan membantu pemulihan tubuh selepas bersalin atau menjalani pembedahan besar.
“Bengkung dapat bantu sokong otot abdomen dan sokong tulang belakang, sekaligus mengurangkan perut buncit dan sakit pinggang. Cuma selepas hadir dengan bengkung wanita, kami juga mahu golongan lelaki menikmati manfaat sama.
“Bengkung kurus untuk lelaki ini sesuai menjelang musim hari raya kelak supaya tampil yakin, hebat dan berfesyen. Ia mampu mengurangkan saiz perut tiga inci serta merta tatkala menyarung baju Melayu mahupun kurta,” katanya.
Tambah Hartini, pihaknya juga telah membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengambil masa dua tahun untuk penghasilan jenama itu.
“Hasil kaji selidik dilakukan pun ramai lelaki yang mengakui berdepan masalah perut buncit
kerana gaya hidup serta pemakanan di negara kita. Cuma rata-rata lelaki berdepan masalah mencari bengkung yang bersesuaian.
“Malaysia sendiri antara negara yang berdepan masalah kegemukan di Asia Tenggara. Golongan lelaki pun antara yang aktif termasuk bersukan. Jadi kami gunakan material sesuai dengan iklim negara kita. Materialnya sejuk dan selesa walau di bawa bersukan,”katanya.
Dalam pada itu, Hartini turut mengulas mengenai pemakaian bengkung lelaki yang mungkin boleh mengundang persepsi tertentu.
“Memang ada yang berbaur negatif sambil menyifatkan bengkung itu hanya sesuai dipakai perempuan. Tapi pada akhirnya kami percaya manfaat bengkung itu sendiri akan menyerlahkan sisi positif.
“Ia bertujuan untuk menyokong tulang belakang, memperbaiki postur badan, serap peluh, menghilangkan perut buncit, mengatasi masalah sakit pinggang dan sebagainya,” katanya.
Tahun ini, Hartini menyasarkan jualan RM 10 juta setahun menerusi rangkaian penjualan produk Razowa.
“Sebelum ini produk seperti Bengkung 3 Saat, Ele Girdle dan Saunami Firming Cream antara produk terlaris kami. Kita juga ada produk minyak urutan aromaterapi, skrub, set rawatan penjagaan kuku kaki (pedicure).
“Tentunya kehadiran bengkung lelaki ini akan menyemarakkan lagi perniagaan kami. Kami mensasarkan jualan produk dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM500,000- RM1,000,000. Setakat ini kami juga memiliki 600 ejen dan stokis di seluruh Malaysia termasuk Brunei.
“Kami sasarkan sepanjang tahun ini dalam 10,000 lagi masuk menyertai pasukan kami,”katanya.