Elica Paujin juarai Big Stage 2022 - Utusan Malaysia

Elica Paujin juarai Big Stage 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Penyanyi, Elica Paujin dinobatkan sebagai Juara Big Stage 2022 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Daniel Chuer manakala tempat ketiga pula milik Aisha Retno.

Yazmin Aziz dan Tegar Septian pula masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.

Pada konsert akhir yang berlangsung
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, Elica membawakan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan Believer, Imagine Dragon.

Daniel yang bergelar naib juara membawa pulang wang tunai RM50,000 dan Aisha menerima hadiah RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, Yazmin dan Tegar yang mengisi tempat keempat serta kelima membawa pulang wang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama pada 2018.

Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai mengisi kerusi juri tetap dan Datuk Seri Vida pula sebagai Presiden Netizen.

Juri Juara pada minggu ini adalah Aliff Aziz, sementara Juri Pedas, Elly Mazlein.

Big Stage 2022 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Program juga telah diserikan dengan persembahan pembuka oleh Datuk Seri Vida menerusi lagu berjudul Ku Ikhlaskan selain persembahan penutup yang memukau daripada Aina Abdul dan Siti Nurhaliza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya