Dua tahun rancang hasilkan Al-Quran beridentiti sendiri - Neelofa

Dua tahun rancang hasilkan Al-Quran beridentiti sendiri – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Selepas hampir dua tahun tertangguh, pelakon dan selebriti usahawan terkemuka tanah air, Noor Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) kini melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk mencetak Al-Quran untuk tujuan wakaf berjaya terlaksana.

Menurut Neelofa, objektif itu dilakukan secara bersama dengan Yayasan Restu dengan kini sebanyak 1,000 naskah Al-Quran beridentiti sendiri telah pun berjaya dicetak.

“Kami rancang menghasil dan mencetak Al-Quran ini sudah lama, kurang lebih dua tahun juga namun progresnya bergerak perlahan disebabkan kami mahu mencari pencetak yang benar-benar mencapai semua kriteria yang diinginkan.

“Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam melebihi 30 tahun.

“Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia,”katanya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Wakaf Al-Quran dan usrah Ajaibnya Berwaqaf di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, di sini, kelmarin.

Selain itu, kata Neelofa, Al-Quran tersebut juga istimewa kerana memiliki ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang dihasilkan dengan konsep mushaf mufiq.

“Mufiq bermaksud mudah faham isi Al-Quran. Ia bukan sekadar Al-Quran untuk sibaca tetapi merupakan ensiklopedia lengkap berkaitan Al-Quran al karim.

“Ada 40 kelebihan dengan antaranya ialah pengenalan surah, ulum Al-Quran, Asbabul Nuzul,189 hadith,32 sains di dalam Al-Quran, ayat-ayat perumpamaan di dalm Al-Quran, 47 doa termasuk doa Syifa dan 9 fadilat usrah.

“Paling menarik, ia juga mempunyai atlas dengan ciri QR code yang mana pembaca boleh imbas dan akan mendapat akses tentang lokasi dan kejadian dalam surah tertentu,”katanya.

Menurut Neelofa, pihaknya termasuk PKN mensasarkan lebih 30,000 untuk jualan Al-Quran tersebut yang juga boleh dibeli untuk tujuan wakaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau.

“Al-Quran ini tidak dijual di luar dan hanya boleh didapatkan menerusi PKN. Sesiapa yang ingin membeli untuk tujuan wakaf juga kami akan bantu edarkan sumbangan mereka ke mana-mana madrasah, aurau, pusat tahfiz atau termasuk mereka yang memerlukan.

“Usaha ini dilakukan bagi merealisasikan tanggungjawab besar terhadap Al -Quran dengan melaksanakan suatu inisiatif yang bertujuan menyemarakkan lagi pembudayaan membaca Al-Quran di kalangan masyarakat menerusi program dan produk yang terbaik,” katanya.

Al-Quran terbitan PKN dan kerjasama Yayasan Restu ini dijual pada harga RM200 dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjit boleh layari laman web Yayasan Restu atau Nasyrul Quran Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya