Dia tetap manusia - Fitri Haris - Utusan Malaysia

Dia tetap manusia – Fitri Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Walau siapa pun dia, penyanyi nasyid atau pun penyanyi sahaja. Dia tetap manusia biasa juga”.

Itu pandangan peribadi penyanyi dan pendakwah bebas, Dr. Fitri Haris, 38, berhubung berita seorang penyanyi nasyid yang diberkas gara-gara menanam ganja di dalam rumah.

Walau bagaimanapun, kata Fitri, bukan kerana dia seorang manusia biasa secara tidak langsung menjadi tiket membenarkan kesilapan yang telah dilakukan.

“Biarlah undang-undang yang menghukumnya,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai imej nasyid tercemar, Fitri tidak menafikan hal tersebut kerana nasyid membawa mesej-mesej yang pengisiannya ada unsur keagamaan dan mengajak membuat kebaikan.

“Apabila melakukan kesilapan dalam kapasiti yang besar melibatkan dadah dan sebagainya, saya serahkan kepada pihak berkuasa sahaja yang menghukum.

“Saya mendoakan yang terbaik kepada yang ditangkap, semoga dipermudahkan segala urusan, dan belajar dari kesilapan.

“Kepada netizen jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana seorang penyanyi nasyid, labelkan semua sama. Bukan soal ‘backup’, tapi cara kita berfikir antara sesama kita,” ujarnya.

Tambah Fitri dalam kesilapan seseorang dia mungkin pernah memberi manfaat kepada kita.

“Kalau tiada manfaat carilah kebaikan untuk didik diri daripada menghukum seseorang di media sosial. Kalau kita berfikiran sebegini, dapat imbangi emosi dalam memberi komen,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya