Danish Iskandar pertimbang tawaran ke Singapura, Indonesia

Danish Iskandar pertimbang tawaran ke Singapura, Indonesia

Danish
Danish Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dihujani tawaran berlakon, pelakon baharu Danish Iskandar, 17, mengakui perkara itu satu peluang keemasan.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Shah Alam 40,000 itu terlebih dahulu memberi sepenuh tumpuan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya akan menjalani penggambaran filem pendek Laut Senja dan Langit Jingga.

“Saya juga turut dirisik pengurus produksi Singapura dan Indonesia untuk projek drama komersial di sana.

“Semua peluang dan tawaran akan datang itu saya akan pertimbangkan selepas selesai peperiksaan SPM nanti,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Berkongsi tentang watak menerusi filem pendek itu, Danish yang memegang karakter sebagai Adam berkata, berdepan cabaran untuk memainkan pelbagai ekspresi dan bahasa tubuh.

“Selain itu, bahasa yang digunakan dalam skrip tersebut sangat berteater, iaitu Melayu baku dan perlu menyampaikannya dengan penuh berkarisma.

“Namun, saya atasi cabaran itu dengan membuat banyak latihan dan belajar daripada penasihat lakonan,” katanya.

Filem pendek arahan Tengku Adrian terbitan Terminal Kreatif Production akan ditayangkan di saluran YouTube Terminal Creative Production selepas dihantar ke beberapa festival filem antarabangsa.

Bercakap mengenai persediaan menduduki SPM, Danish perbanyakan mengulang kaji mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya