Berbaloi rasanya saya berjaga malam - Wani Kayrie - Utusan Malaysia

Berbaloi rasanya saya berjaga malam – Wani Kayrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Wani Kayrie,21, meluahkan rasa syukur memperolehi keputusan cemerlang bagi semester lima pada tahun ini dalam sasarannya menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.

Menurut Wani, dia tidak menolak jauh di lubuk hati merasakan segala usaha dan pengorbanannya berbaloi sementelah sanggup bersengkang mata di tengah malam demi memastikan kejayaan menjadi miliknya.

Belajar sambil bekerja bukan sesuatu yang mudah, namun penyanyi Wani Kayrie berjaya meneruskan kecemerlangannya dalam pelajaran bagi semester ini.

“Simpan di sini, biar jadi kenangan apabila sudah graduasi nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

“Lagi-lagi Wani full-time student di @msumalaysia dan kena seimbangkan belajar serta karier. Orang hanya nampak Wani muat naik pasal kerja dan seronok jalan-jalan.

“Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk kelas online dekat studio dan macam-macam lagi,” katanya.

Wani berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya hari ini.

Dalam hantaran yang sama, penyanyi ini turut berkongsi keputusan peperiksaannya yang menyaksikan dia berjaya mendapat markah A dalam empat mata pelajaran, dua B dan hanya satu subjek mendapat C.

Biarpun mendapat markah C untuk subjek perakaunan namun penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini tetap bersyukur dengan keputusan tersebut.

Bagi Wani yang juga seorang pelakon ini, dia berbangga dengan dirinya yang bekerja keras menyiapkan segala tugasan biarpun jadual lakonannya padat.

“Alhamdulillah Ya Allah atas keputusan ini. Walaupun subjek kewangan dapat C (memang dari sekolah tak ada bakat ya kira-kira) sampailah sekarang, tapi saya bangga dengan diri sendiri untuk subjek teras undang-undang.

“Siang kerja, lepas itu sambung tugasan sampai pagi, lepas itu esok bangun pagi pergi ke set penggambaran! Segala jerih perih itu… Tetapi, saya percaya pada proses…,” katanya.

Sebelum ini, Wani pernah berkongsi keputusan peperiksaannya di semester 3 dan 4 dan menegaskan perkongsian itu bukan mahu menunjuk-nunjuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya