Astro saji pelbagai program hebat sempena Ramadan 2022. - Utusan Malaysia

Astro saji pelbagai program hebat sempena Ramadan 2022.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengangkat tema ‘Semangat Lebaran Kita’, stesen penyiaran terkenal tanah air, Astro, bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan 2022 dengan pengisian terbaik menerusi pelbagai naskhah, filem serta program yang menarik.

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, Sebagai pelopor dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi, Astro sentiasa mengutamakan penulisan jalan cerita yang padu.

Selain itu, menerusi kerjasama bersama syarikat-syarikat penerbit termasyhur dan penampilan pelakon-pelakon terhangat.

“Demi menyemarakkan ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk bulan Ramadan ini, Astro akan memeriahkan platform-
platform televisyen, radio, aplikasi serta digital kami dengan menampilkan pelbagai bentuk rancangan baharu yang berkualiti.

“Merangkumi pengisian dalam pelbagai genre seperti drama, komedi, kerohanian, pembelajaran, serta rancangan antarabangsa dan On Demand.

“Kami di Astro sebagai pioneer dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi akan sekali lagi mempertaruhkan drama-drama baharu yang diangkat dari naskah-naskah hebat serta dibarisi ramai nama-nama besar dalam industri,” katanya.

Mengulas lanjut, Astro juga menitik beratkan jalan cerita naskhah yang memberi pelbagai corak representasi dalam lapisan masyarakat sebenar.

“Bukan sekadar dari segi lakonan, kami juga menitik beratkan jalan cerita drama yang memberi dimensi yang lebih mendalam.

“Selain mencerminkan pelbagai corak representasi lapisan masyarakat sebenar.

“Antara jalan penceritaan yang diketengahkan adalah seperti kisah anak syurga, pengkhianatan dan dendam, serta penderaan rumahtangga,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, pihak Astro turut melantik duta-duta ‘Semangat Lebaran Kita’ yang akan berinteraksi dengan penonton di laman jaringan sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka.

Duta-duta tersebut termasuk Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafy lIhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin dan Ipin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya