Anak muda pun nyanyi lagu lama, lagu klasik- Shazreen Shaharum - Utusan Malaysia

Anak muda pun nyanyi lagu lama, lagu klasik- Shazreen Shaharum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak ramai penyanyi baharu berani membawa kelainan. Namun, tidak bagi Shazreen Shaharum. Dia mahu menawarkan kelainan dengan menjadi penyanyi muda yang boleh membawa pelbagai genre muzik tidak kira lama atau baharu.

Pada usia 26 tahun itu dia berhasrat untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa masih ramai anak muda yang minat dan boleh menyanyikan lagu klasik atau lagu-lagu lama.

“Lagu-lagu lama sudah semakin pudar dalam kalangan anak muda zaman sekarang. Jadi, saya mahu buktikan kepada masyarakat ramai lagi anak muda yang boleh menyanyikan lagu-lagu klasik. Kami bukan sekadar boleh nyanyi lagu-lagu moden sahaja,” katanya.

Mula aktif melibatkan diri dalam dunia seni suara sejak 2006, Shazreen Shaharum kini berganjak ke era baharu kerjayanya.

Shazreen membuktikan dia memang serius melakar nama sebagai penyanyi dengan melancarkan single pertama berjudul Kasih Terlerai pada 25 Januari lalu.

“Lagu tersebut mengisahkan tentang dunia percintaan yang penuh ranjau dan bukan selalunya indah.

“Ia tentang pasangan yang sedang bercinta dan ingin berkahwin tetapi jodoh tidak kesampaian kerana wanita itu terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. Akhirnya pasangan itu kecewa dan terpaksa terima hakikat mereka tiada jodoh,” katanya.

Lagu ciptaan Faez Farhan dan Hadi itu kini boleh didengari di semua platform digital dan radio di seluruh Malaysia.

Sebe­lum ini, Shazreen pernah menjuarai pertandingan Bintang Kecil Radio Televisyen Malaysia (RTM) (2007), Bintang Retro (2013), Bintang Melaka FM RTM (2014), Bintang Klasik RTM (2019) dan Suria Duo X (2020).

Sebagai bukti semangat dan komitmen terhadap minatnya itu, dia mencuba nasib sebanyak tiga kali dalam pertandingan Bintang Klasik RTM iaitu pada 2012, 2014 dan 2016 sebelum berjaya menjadi juara pada 2019.

“Sejujurnya, setiap kekalahan dalam pertandingan itu adalah pengalaman pahit bagi saya. Memang terasa penatnya kerana sudah banyak berkorban dari segi mental, fizikal, wang ringgit dan tenaga.

“Tipu jika tidak rasa give up kerana saya juga manusia biasa. Tetapi rezeki tidak pernah salah alamat.

“Saya percaya setiap kepahitan akan ada manisnya, dan ia terbukti setelah akhirnya saya bergelar juara,” kata anak kelahiran Melaka itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya