Takkan nak tengok bekas isteri dan anak hidup susah - Azharina Azhar - Utusan Malaysia

Takkan nak tengok bekas isteri dan anak hidup susah – Azharina Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Azharina Azhar berpandangan tiada masalah untuk bekas suami memberi nafkah kepada bekas isteri meskipun sudah habis tempoh idah.

Jelas penyanyi yang mendapat julukan Queen of Soul itu, hal tersebut menjadi tanggungjawab bekas suami lebih-lebih apabila kedua-duanya memiliki anak bersama.

“Bagi saya bergantung pada lelaki itu. Jujur saya cakap, memang bukan tanggungjawab dia untuk bagi nafkah kalau sudah bercerai dan lepas idah tiga bulan, faham situasi itu.

“Tapi kalau dia berkemampuan dan bekas isteri memang tiada pendapatan, kenapa tidak bantu bukan? Tambah pula ada zuriat, lainlah kalau tiada.

“Takkan nak tengok anak dan bekas isteri hidup susah dan merempat sementara dia bersenang-lenang, tidak patutlah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun, ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Elegi Sepi dan Seandainya itu, isu pemberian nafkah adalah bergantung kepada tahap kemampuan bekas suami dengan persetujuan antara kedua belah pihak.

Katanya, dia bersyukur kerana bekas suaminya merupakan seorang yang bertanggungjawab.

“Ada wanita yang berdikari dan ada yang memerlukan. Kalau ada zuriat, bekas suami kena bagi sampailah anak itu sudah boleh berdikari.

“Dalam situasi saya Alhamdulillah, bertuah. Bekas suami saya baik. Saya tak pasti orang lain bagaimana? Kalau saya di tempat orang yang tidak diberikan nafkah pun akan bertindak sama juga,” katanya.

Pada masa sama, Azharina yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketiga berkata, apa pun pengakhiran dalam sesebuah perhubungan, adalah mustahak untuk mencari penyelesaian yang terbaik dengan cara perbincangan.

“Janganlah sampai bercerai berai turun naik mahkamah tuntut hak. Berbincanglah yang baik-baik dan boleh bersahabat.

“Lebih mudah untuk ke depan dan demi kestabilan hidup bagi mentaliti dan fizikal anak. Ramai yang tertekan selepas perceraian,” katanya.

Sebagai informasi, juara Bintang RTM 2001 ini melayari hidup solo selama 11 tahun selepas bercerai dengan ahli perniagaan pada tahun 2008. Mereka bagaimanapun tidak mempunyai cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya