Suami positif Covid-19, Nourul syukur diri dan anak negatif - Utusan Malaysia

Suami positif Covid-19, Nourul syukur diri dan anak negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia, Nourul Wahab, 44, memaklumkan suaminya, Eric Depp, disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin di kediaman mereka di sana.

Bagaimanapun, menurut Nourul, dia bersyukur kerana diri dan tiga anaknya tidak dijangkiti wabak tersebut selepas melakukan ujian kendiri.

“Malangnya, suami saya disahkan positif Covid-19 namun tidak begitu melarat. Bagaimanapun, kami tetap mengasingkan diri, seluruh keluarga.

“Walaupun saya dan anak-anak negatif, tetapi kami akan buat juga ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) pada Jumaat ini,”katanya.

Nourul berkata demikian dalam satu hantaran yang dikongsikan menerusi Instagramnya hari ini.

Selain itu, kata Nourul, dia juga bersyukur kerana masing-masing telah mendapatkan vaksinasi selain mengamalkan pengambilan suplemen kesihatan.

“Suami saya hanya mengalami demam dan simptom seperti flu. Tiada gejala lain seperti sesak nafas atau hidung tersumbat. Kami cuma perlu ambil dos penggalak sahaja selepas ini.

“Mulanya ada perancangan nak balik ke Malaysia pada hujung bulan ini untuk ambil dos penggalak, tetapi nampaknya sukar sedikitlah buat masa sekarang.

“Kami semua okey. Lebih baik ambil dos penggalak itu untuk kuatkan sistem imunisasi bagi melawan virus ini. Insya-Allah, dengan pertolongan Allah SWT, semuanya akan baik-baik sahaja,”katanya.

Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya