Sobella galak kaum wanita majukan diri - Utusan Malaysia

Sobella galak kaum wanita majukan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas hampir enam tahun meneroka pasaran kosmetik,tekstil dan produk kecantikan khusus untuk wanita, jenama yang ditunjangi Wan Nur Syuhada Wan Norzie, 31, Sobella ini berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan.

Menurut Syuhada, usaha memperkasakan golongan wanita tidak akan pernah berakhir menerusi rangkaian perniagaannya dan kini mensasarkan lebih ramai lagi ejen untuk meraih peluang memajukan diri bersamanya.

“Hingga kini, sudah lebih 30,000 ejen direkrut di bawah Sobella Squad. Melihat angka itu bertambah saban hari, buat saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.

“Bayangkan daripada awalan angka itu hanya 20 orang, meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk ‘lipmatte’ dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.

“Khususnya menerusi produk terbaru keluaran dipanggil Soul Matte Edition yang menggunakan konsep duo ‘lipmatte’ yang akan dipasarkan 9 Februari ini,”katanya.

Terdahulu, Syuhada meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi penganjuran majlis Victory & Glory Appreciation Day yang berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh.

Pada majlis itu, antara yang mencuri tumpuan ialah kehadiran Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar atau Dada Hunyai yang pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017.

“Dia (Dada Hunyai) mencatat jualan sebanyak 5 juta pada musim pandemik tahun lalu. Sobella telah merealisasikan rumah impian yang berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella.

“Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1,000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan. Paling mengagumkan saya, dia dulu hanyalah bekerja sebagai seorang tukang jahit.

“Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, kata Syuhada lagi, jenamanya menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran lipmatte.

“Konsep terhad atau ‘limited’ ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.

“Setiap kuantiti produk dikeluarkan seiring dengan usaha kami menjaga nilai eksklusiviti jenama. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya