Saya sepenuhnya sokong, namun… - Liza Hanim - Utusan Malaysia

Saya sepenuhnya sokong, namun… – Liza Hanim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi versatil, Liza Hanim, tampil memberi reaksi dan pendapatnya berhubung seorang usahawan yang dikatakan secara terbuka menyusukan bayinya di tempat awam, baru-baru ini.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu dilihat mencoretkan pendapatnya mengenai isu tersebut.

Menurut Liza, tiada salah bagi para ibu menyusukan bayi mereka di mana-mana, namun haruslah juga menjaga adab dan kehormatan sebagai wanita Muslim.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini, ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak di khalayak ramai dan mengambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam perjalanannya menyusukan bayi. Namun… sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon tolonglah menjaga adab ketika menyusukan bayi di tempat awam.

“Saya sendiri menyusukan anak di mana-mana sahaja, malah pernah di tepi jalan di kota Seoul. Dan ya, saya merakamkan gambar juga,” tulisnya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia yang juga pernah melakukan perkara sama tetapi soal penjagaan aurat tetap diberi keutamaan.

“Tetapi, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga ini bukan masalah saya berhijab dan dia ‘free hair’. Sama ada cara menjaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.

“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika menyusukan bayi pun dipandang serong. Apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Insya-Allah, berkat usaha kita. murah rezeki kita. saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberi pelbagai pendapat dan pandangan tersendiri berhubung isu berkenaan.

“Tiada alasan untuk tidak setuju, tetapi teguran sudah macam-macam tetap dipandang sepi,” komen seorang warganet.

“Betul, tetapi apakan daya. Usahawan wanita itu kaya raya. Saya hanya mampu doakan. Sis pun muat naik ini adalah satu usaha kita sesama Muslim,” komen juga seorang pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya