Saya rindu sangat pada anak saya - Nur Sajat

Saya rindu sangat pada anak saya – Nur Sajat

sajat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir satu tahun terpisah, usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat meluahkan kerinduan buat dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.

Nur Sajat, 36, meluahkan perasaannya itu menerusi satu perkongsian berserta sekeping gambar bersama anak-anaknya yang dimuat naik di Instagramnya, baru-baru ini.

“Tiada apa yang ingin saya katakan pada hari ini. Buat hari jadi adalah kenangan saya dengan anak-anak saya. Merekalah hadiah paling berharga untuk saya.

“Tahun ini, saya hanya rindukan anak-anak saya sahaja. Ini gambar saya dengan anak saya pada tahun lepas, 23.02.2021.

“Tetapi hampir satu tahun berlalu. Waktu berjalan pantas, saya rindu sangat pada anak saya. Maafkan saya jika saya tak sambut meriah hari jadi saya. Sebab saya banyak memikirkan perasaan anak-anak saya,” tulisnya.

Nur Sajat diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari tahun lalu kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Usahawan kosmetik itu bagaimanapun berjaya melarikan diri ke Thailand sebelum terbang ke Sydney, Australia dan menetap di sana pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Nur Sajat juga memaklumkan bahawa dia berjaya menukar jantinanya kepada wanita secara sah di negara tersebut.

Selain itu Nur Sajat juga kini disenarai sebagai individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat pada kad pengenalan.

Perkara itu dimaklumkanoleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam satu kenyataan 8 Februari lalu. Nur Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya