Rakam gambar bersama Zahid Hamidi, Harris Annuar curi perhatian - Utusan Malaysia

Rakam gambar bersama Zahid Hamidi, Harris Annuar curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Satu gambar yang saya tidak sangka akan lihat pada hari ini. Semoga dirahmati Allah selalu”

Itu reaksi salah seorang pengguna Instagram (IG), _onef terhadap sebuah gambar yang dimuat naik pempengaruh media sosial, Harris Annuar di platform berkenaan baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, Harris merakam kenangan bersama beberapa individu terkenal antaranya Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, penyanyi dan juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz dan usahawan, Amar Sufi Ali.

“Alhamdulillah. Allah ketemukan saya dengan Presiden Ummat Muhammad Number One dan sahabat-sahabat yang lain @iamaliffaziz @amarsufiali.

“Allah berkuasa. Makhluk langsung tak berkuasa,” tulisnya pendek.

Perkongsian Harris itu menerima sejumlah 5,807 likes di IG.

Rata-rata netizen memberi maklum balas berbeza-beza terhadap gambar tersebut.

Pemilik akaun IG, rajakasihsayang197 yang menulis di ruangan komen sempat mendoakan ahli politik tersebut.

“Moga Allah padamkan fitnah terhadap Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya