Kumpulan Megaklinik Zahran dinobat The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award - Utusan Malaysia

Kumpulan Megaklinik Zahran dinobat The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award

Tunjang Kumpulan Megaklinik Zahran, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak dan isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas sembilan tahun beroperasi termasuk menempa nama di era pandemik Covid-19, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) beroleh kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Healthcare Integrated Private Clinic.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak, dia mendedikasikan anugerah berprestij ini kepada seluruh pasukan kerja KMZ.

“Kejayaan ini tak bermakna tanpa pekerja kami yang menjadi tulang belakang KMZ. Merekalah yang telah mengembling usaha serta tenaga dalam memberikan pelbagai perkhidmatan terbaik buat seluruh pelanggan dan pesakit.

“Ia sekali gus berjaya membawa jenama KMZ sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak dan pembakar semangat untuk kita semua warga kerja KMZ termasuk membendung wabak jahat di luar sana yang masih menjadi ancaman manusia,” katanya.

KMZ mula bertapak pada tahun 2013. Namun nama klinik ini menjadi perhatian sejak dua tahun lalu ketika dunia diserang pandemik.

Pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

“KMZ kini mempunyai 11 cawangan yang beroperasi di hampir seluruh negeri. Kami mensasarkan pembukaan 12 lagi cawangan pada tahun ini. Jika semua menjadi seperti dirancang, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 23 cawangan.

“Jenama KMZ menempa nama terutama ketika fasa awal pandemik melalui Zahran COVID-19 Centre yang menyediakan perkhidmatan penuh pengurusan wabak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Hj Abdul Razak bersama sijil dan trofi kejayaan pusat kesihatan itu dinobatkan sebagai Healthcare Integrated Private Clinic 2022

“Ia termasuk daripada saringan COVID-19 secara 24 jam dan menerusi khidmat bergerak ke lokasi. Begitu juga Pusat Penilaian COVID-19 Swasta untuk pesakit positif, pusat pemberian vaksin (PPV) dan pusat kuarantin serta rawatan COVID-19 swasta,” katanya.

Perkhidmatan ditawarkan KMZ setakat ini juga telah membantu lebih 2 juta rakyat Malaysia disamping membantu negara dalam misi membebaskan wabak jahat itu.

“Kami takkan berhenti meneruskan perjuangan ini.Pelbagai usaha akan terus dilakukan bagi membantu negara keluar daripada pandemik dan seterusnya memangkin ekonomi dalaman negara.

“Kami optimis dengan perancangan tahun ini, KMZ akan meneroka sektor ‘Medical Tourism” pula sebagai salah satu agenda utama kerana industri ini yang banyak terjejas semasa pandemik mengganas,” katanya.

Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

Kebangkitan syarikat bumiputera adalah penting dalam keadaan semasa negara agar sektor-sektor perniagaan dapat kembali rancak dan membangunkan pertumbuhan negara.

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor. Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu
juga dilihat antara ‘agen’ KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya