KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah memaklumkan dia tidak akan sewenang-wenangnya menerima permintaan rakan baharu di Instagram.
Jelas pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka The Series itu, permintaan hanya akan diterima selepas mendapat keizinan suaminya, Michael Hansen.
“Saya akan tapis permintaan ya. Kalau suami saya tidak terima.
“Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu per satu otot memang kena tunjuk aurat.
“Kalau nak buat permintaan juga jangan menilai. Kalau nak ilmu, sila ikut. Jelas?,” ujarnya.
Selain memuat naik status dan gambar segelintir yang mahu menjadi kawan aktres itu di IG, Sakinah turut mengulang siar hal tersebut di profil akaunnya.
Ramai yang bersetuju dengan tindakan aktres tersebut. Beberapa rakan selebriti termasuk kakaknya, Sharifah Shahirah tampil memberi komen.
“Sudah private, ya bagus juga ya,” komen Shahirah.
“Aye aye chip (tanda faham),” komen Nad Zainal.
“Tidak suka tapi follow. Hairan benar,” komen salah seorang pengguna di IG.