Janna Nick mendunia

Janna Nick mendunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA sesiapa yang mempunyai aplikasi TikTok mesti tahu betapa mendunia lagu baharu pelakon dan penyanyi, Janna Nick. Asal buka sahaja, pasti ada video baru berlatar belakangkan lagu itu.

Hello, bukan setakat Malaysia dan Indonesia, tetapi sampai ke Thailand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Kadang-kadang Poklip tertanya, orang putih faham ke maksud gatal itu?

Poklip sendiri sudah mengucapkan tahniah kepda Janna. Bangga bila melihat pengacara itu semakin mendunia. Bukan secara negatif tetapi positif. Ada yang mendunia tapi haprak!

Janna yang kita tahu memang seorang yang kental. Di sebalik masalah kesihatan mental yang dilalui, seharusnya kita bangga dengan pencapaiannya. Bukan mengata dan mengecam.

Ini bila sahaja pengarah muda itu tampil dengan lagu atau produk seni baharu, ada sahaja mengecam. Memang dia ada buat silap tetapi nama pun proses pembelajaran. Jangan kecam sangatlah.

Kalau bab semakin seksi, Poklip angkat bendera putih. Pernah juga Poklip tanya soalan itu, jawapannya mudah. Dia selesa dengan imej begitu. Lagipun siapa kita mahu menghukumkan?

Tetapi Poklip perasan juga, sejak kebelakangan ini dia lebih gemar berada di belakang kamera. Sebagai produser atau pengarah. Mungkin dia sudah jumpa jiwa sebenar.

Poklip juga pernah tengok beberapa telefilem arahan Janna. Kalau kata sempurna, nampak sangat Poklip nak mengipas. Memang ada kurang sana sini sikit, tetapi untuk anak muda seperti janna, itu dikira hebat.

Malah, kepada yang pandang enteng bakat dan kemampuan Janna, janganlah begitu. Apa kata kita saling menyokong penggiat industri seni. Tidak kira sesiapa. Kecuali yang rasa diri hebat dan terpaling bongkak. Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN