Ghaz Abu Bakar diumumkan pengarah super tele Rompak - Utusan Malaysia

Ghaz Abu Bakar diumumkan pengarah super tele Rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Desas desus akhirnya terlerai selepas Ghaz Abu Bakar diumumkan selaku pengarah super tele terbaru, Rompak.

Pengumuman itu dibuat syarikat produksi, 4ward Pictures menerusi siaran media sosial di Instagram yang dikongsikan hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 4ward Pictures, Nashrul Nasir, penglibatan Ghaz akan membawa kelainan yang diinginkan untuk super tele berkenaan.

“Penglibatan Ghaz, seorang pengarah filem yang sememangnya prolifik, akan memberikan nilai tambah, kualiti dan perspektif artistik yang berbeza dalam mempersembahkan jalan cerita Rompak kepada penonton.

“Keserasian, pemahaman genre dan pengalaman yang dimiliki olehnya akan memberi keyakinan bukan sahaja kepada barisan pelakon, juga termasuk penerbit dalam menghasilkan super tele berperuntukan tinggi di bawah naungan 4ward Pictures,” katanya.

Super Tele Rompak dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Siti Khadijah, Tony Eusoff, Chubb E, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Ia bakal memulakan penggambaran sekitar 26 Februari dan dijangka menemui penonton di siaran Astro First pada Jun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya