Dolla, kenapa ‘kaku’ sangat? - Utusan Malaysia

Dolla, kenapa ‘kaku’ sangat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau tanya peminat industri muzik, pasti ramai yang mengakui Dolla adalah antara kumpulan wanita yang sedang ‘panas’ dalam pasaran. Mereka ada masa depan cerah dalam industri.

Tetapi apa kena mengena dengan kaku kan? Begini, ada rakan media yang mengadu mereka ini agak kaku dan scripted apabila ditemu bual? Bak orang, macam sudah disuruh diatur.

Dakwa si polan ini, mereka ini kalau ditanya soalan seperti tiada nilai tambah dalam jawapan. Asyik-asyik benda sama dan teragak-agak dalam menjawab. Takut dengan siapa dik?

Sebagai artis, Dolla bukan lagi setahun jagung. Sudah mahu dua tahun dalam industri, berpuluh kali ditemu bual. Sama ada virtual atau berdepan. Jadi itu bukan satu isu bukan?

Malah, mereka juga mempunyai pengurusan yang sudah lama bermain lumpur dalam industri. Jadi kalau nak kata tiada yang membimbing, agak mustahil bukan?

Poklip bukan apa, selepas DeFam, Dolla adalah antara penyanyi berkumpulan wanita yang bakal mencipta legasi tersendiri. Mungkin sebaris nama Elite, Feminin satu hari nanti.

Cuma itulah, kalau benar luahan si polan itu, Dolla perlu memperbaiki teknik menjawab soalan dan berkomunikasi. Tak mahulah nampak kaku sangat.

Kalau di atas pentas lincah beraksi, jadi kenalah selarikan dengan petah menjawab. Itu memang memerlukan masa dan pengalaman. Poklip yakin Dolla mampu.

Poklip tak mahulah ada cakap belakang konon Dolla susah untuk ditemu bual dan tidak petah dalam menjawab soalan. Lebih-lebih lagi, Dolla juga meletakkan sasaran tinggi dalam industri kan?

Apa pun, Poklip cukup berbangga melihat bagaimana Dolla mencipta nama. Bukan senang dan bukan juga sekelip mata. Usaha siang malam, bertahun ya! Semoga terus berjaya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN