Rasanya perangai nak soalan baik-baik sahaja ini memang dipraktikkan oleh beberapa artis sahaja. Tidak ramai pun. Tapi selalunya yang suka buat perangai begini memang sejenis diva tak kena tempat.
Kisahnya rakan media Poklip mengadu, ada seorang artis popular ini memang tidak suka mendengar sebarang pertanyaan yang berbentuk kontroversi. Dia mahu soalan yang baik-baik sahaja.
Tidak mengapa kita faham tapi masalahnya, dia ini memang kaki buat kontroversi. Ada sahaja gambar atau kapsyen yang mengundang. Tetapi tak mahu ulas lebih lanjut bila ada yang cuba bertanya.
Kalau kita buat story berdasarkan entri yang dimuat naik, wartawan pula dikatakan malas. Eh tak fahamlah Poklip. Dia nak orang puji tetapi dalam pada masa yang sama, mengundang keji.
Jadi awak nak mana satu? Pilih betul-betul. Jangan menyusahkan orang tahu tak! Memang tidak dinafikan, ramai sahaja artis yang meminta soalan dahulu sebelum ditemu ramah.
Kalau tidak kena atau menimbulkan kemarahannya, dia segera padam. Kalau tanya soalan panas depan muka pun, pantas sahaja pengurusnya bagi isyarat supaya diam.
Amboi, besar sungguh kepala awak ya! – UTUSAN