Dah ada pengganti, semoga dipermudahkan… -Ernie Zakri. - Utusan Malaysia

Dah ada pengganti, semoga dipermudahkan… -Ernie Zakri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri memaklumkan dia sudah mempunyai pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal dipertandingkan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36, awal Mac depan.

Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, dia memilih penyanyi tersebut atas dasar kriteria yang sudah ditetapkan sendiri olehnya.

Tambah Ernie, dia memberi kebebasan buat penyanyi berkenaan untuk menyampaikan dan berkarya untuk lagu yang bakal dipersembahkan itu.

“Tipu lah kalau saya cakap masih belum ada untuk pengganti saya di pentas akhir AJL. Sudah ada pengganti dan pemilihan dilakukan atas kriteria yang saya mahukan. Tetapi, saya nak yang menggantikan saya itu menjadi diri mereka sendiri.

“Tidak perlu untuk menjadi diri saya kerana kalau begitu, baik saya yang menyanyi di atas pentas tersebut. Jadi saya memberi kebebasan kepada penyanyi itu berkarya.

“Apa yang dia mahukan di atas pentas dan ingin sampaikan dengan lagu berkenaan. Paling penting sekali, dia sudah memahami apa maksud lagu ini,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ernie turut memohon orang ramai agar mendoakan segala perancangan yang telah diaturkan untuk AJL pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Penyanyi itu turut menitipkan harapan agar penggantinya dapat melakukan yang terbaik sekali gus dapat memberi impak kepada penonton.

“Saya pun banyak juga berbincang dengan penyanyi itu. Insya-Allah, doakan agar rancangan yang telah kami aturkan berjalan dengan lancar.

“Tetapi seharusnya pengganti yang mempunyai penyampaian yang unik. Saya tidak mahu apabila dia di atas pentas sekadar menggantikan saya sahaja.

“Harus juga memberi impak kepada penonton yang sudah lama menanti. Semoga dipermudahkan,” tuturnya lagi.

Ernie bagaimanapun tidak berkongsi dengan lebih terperinci siapakah penyanyi yang akan menggantikan dirinya di pentas gemilang tersebut.

Terdahulu, dia yang sedang hamil cahaya mata perempuan, mengesahkan tidak beraksi mendendangkan lagu Boneka di AJL ke-36.

Untuk rekod, Ernie dan suami tercintanya, Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu, di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya