Buat macam mana pun masih dibenci, dikecam -Datuk Seri Vida - Utusan Malaysia

Buat macam mana pun masih dibenci, dikecam -Datuk Seri Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa sedih apabila dirinya terus menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu I Am Me itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.

Menurut Vida yang juga Presiden Netizen bagi program Big Stage 2022, dia berasa hairan mengapa setiap apa yang dilakukannya akan menerima kecaman netizen.

“Apa lagi salah saya. Kenapa tak boleh terima setiap apa saya cuba lakukan.

“Kebiasaan balik dari hotel baru saya akan buka telefon untuk melihat komen dan maklum balas netizen.

“Tetapi, setiap minggu saya masih dikecam dan bermacam kata, sedangkan saya sudah jadi sebaik mungkin dengan kata-kata,” katanya di TikTok.

Mengulas lanjut, usahawan terkenal itu berkata mungkin orang sekeliling melihat dirinya nampak gembira, namun di sebalik itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Buat macam mana pun masih dibenci dan dikecam netizen. Sedih hati saya.

“Depan orang saya nampak suka dan gembira. Tetapi sebaliknya Allah sahaja yang tahu segala kesedihan dan kesusahan saya hadapi,” ujarnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen buat usahawan sensasi itu.

“Datuk Seri sebiji macam mak saya, orang nasihat tak mahu dengar. Bila sudah kena, baru nak rasa sakitnya terngadah itu. Penat lihat Datuk Seri,” komen seorang warganet.

“Datuk, maaf ya. Pendapat saya sahaja, mengapa tidak Datuk fokus perniagaan sahaja. Datuk sangat hebat dalam bidang itu,” komen juga seorang pengguna.

“DSV sudah ada segalanya cuma perbaiki adab dan sopan. Insya-Allah jaga itu sudah lengkap DSV sebagai wanita hebat. Bukan meraih tular dan cakap bukan-bukan. Netizen pun bijak,” tulis lagi seorang pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya