Bimbang kes Covid-19 meningkat, Zamani titip harapan tak jejas konsert ‘A Night To Remember' - Utusan Malaysia

Bimbang kes Covid-19 meningkat, Zamani titip harapan tak jejas konsert ‘A Night To Remember’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi legenda tanah air, Zamani meluahkan rasa teruja untuk melakukan persembahan di konsert ‘A Night To Remember’, namun mengakui agak bimbang dengan angka jangkitan virus Covid-19 yang semakin meningkat.

Dia dan Datuk Jamal Abdillah yang akan berganding di konsert itu pada 26 Mac ini bagaimanapun berharap segala perancangan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Saya berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan angka jangkitan Covid-19 yang meningkat ini tidak akan menjejaskan persembahan kami,” katanya.

Jamal pula berkata, pada malam konsert berkenaan dia bercadang untuk menyanyikan lagu rakan-rakan artis yang telah kembali dijemput Ilahi sebagai tribute kepada mereka.

Selain itu, dia turut memaklumkan faktor kesihatan adalah tumpuan utamanya setakat ini memandangkan situasi jangkitan Covid-19 yang tidak menentu.

“Perkara utama yang saya perlu beri perhatian adalah kesihatan. Sebelum menjelang konsert, sebenarnya saya ada beberapa jemputan persembahan lain.

“Jadi, saya memang sentiasa berjaga-jaga supaya tidak hilang suara pada malam konsert,” ujarnya.

Pada konsert itu, Jamal akan mempersembahkan lapan buah lagu solo, manakala Zamani bakal mendendangkan enam lagu beserta dua buah lagu duet bersama penyanyi berkenaan.

Kini, Jamal dan Zamani sedang giat melakukan persediaan rapi untuk memberikan yang terbaik buat peminat mereka yang bakal hadir pada malam konsert itu.

Sekadar informasi, ‘A Night To Remember’ berkonsepkan ‘Pop Night’ yang menggabungkan persembahan, makan malam serta persembahan diiringi oleh Ritz Metalasia ini akan berlangsung di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Tiket untuk konsert tersebut boleh didapati secara atas talian di www.ilassotickets.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya