PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah tampil menjawab persoalan warganet berkenaan bintang pujaan mereka itu yang semakin jarang membuat penampilan di kaca televisyen.
Bekas pengacara Nona itu memberi reaksi selepas seorang pengikutnya bertanya mengenai perkara tersebut menerusi ruangan AskMe di Instastory.
“Mira dah tak berlakon lagi ke? Rindu nak menonton Mira di kaca televisyen,” tanya seorang peminatnya.
Jawab Mira, dia akan kembali berlakon tetapi bukan dalam waktu terdekat walaupun banyak menerima tawaran sehingga kini.
“Berlakon lagi, Insya-Allah. tetapi nanti. Bukan sekarang. Namun, syukur Alhamdulillah.
“Sejak beberapa bulan lalu sehingga kini banyak tawaran masuk. Terkini, ada untuk filem, pengambaran pada bulan April.
“Kadangkala tertanya-tanya, eh mereka tidak tahu ke Mira sedang hamil? Kenapa tawar berlakon ni,” kongsinya di Instastory.
Sebelum ini, pelakon itu memaklumkan dirinya sudah hamil.
Usia kandungannya pada ketika ini sudah memasuki trimester ketiga.
Sekadar informasi, Mira dan suami, Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.