Ashira Aziz wakili negara ke WCOPA

Ashira Aziz wakili negara ke WCOPA

Ashira Aziz
Ashira Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ashira Aziz, 37, meluahkan kegembiraan selepas terpilih menyertai pasukan Malaysia ke World Championships of Performing Art (WCOPA).

Berita gembira itu dikongsikan empunya nama penuh Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz itu menerusi Instagramnya baru-baru ini.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah saya berjaya terpilih untuk bersama-sama pasukan Malaysia ke World Championships of Performing Arts di Amerika Syarikat nanti.

“Happy sangat-sangat walaupun hanya berjaya dapat biasiswa AS$100 (RM 418) di MCOPA tadi.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Sekarang jom pening kepala mana nak cari dana untuk perbelanjaan saya ke sana nanti, anyone? Doakan saya dipermudahkan segala urusan ya. Syukur, syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

WCOPA ke-25 tahun ini bakal dianjurkan pada 22 hingga 31 Julai di Anaheim, California, Amerika Syarikat.

Antara penyanyi tempatan yang pernah mencipta kejayaan pada acara berprestij itu adalah Datuk Syafinaz Selamat, Deja Moss, Noryn Aziz dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya