Saya tak rasa diri dianaktirikan dalam industri - Tya Ariffin - Utusan Malaysia

Saya tak rasa diri dianaktirikan dalam industri – Tya Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti usahawan, Tya Ariffin, 28, tidak pernah menganggap dirinya dianak tirikan oleh industri seni hiburan tempatan meski kehadirannya tidaklah serancak atau seaktif artis-artis lain yang memfokus kepada bidang ini.

Menurut Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari, bahkan tidak pernah menggenggam sebarang anugerah berprestij di Malaysia juga bukanlah satu penyebab untuk dirinya putus asa untuk meneruskan impian dalam gelanggang seni di negara ini.

“Sejak menceburkan diri dalam bidang hiburan sekitar tahun 2015, perjalanan karier seni saya tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai onak dan duri terpaksa saya tempuhi sebelum berjaya mencuri hati peminat tempatan.

“Saya bahkan tak pernah menang anugerah. Tak kecil hati pun kerana secara tidak langsung, ia menyuntik semangat saya untuk lebih giat menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Lagipun, saya sedar, untuk berada di kedudukan sekarang pun, tentulah ia tidak akan berhasil jika tanpa sokongan peminat dan semua pihak,”katanya.

Berikutan itu, menurut menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni, Tya menanam azam untuk kembali aktif di kaca televisyen dan hadir dengan semangat yang baru.

“Melangkah ke tahun yang baharu, ini adalah satu daripada azam saya pada tahun ini. Saya teringin untuk meneroka dan meluaskan pengalaman dalam bidang pengacaraan. Saya percaya, andai ada rezeki, pasti tidak akan ke mana,”katanya.

Dalam pada itu, berbicara mengenai soal rezeki, kata Tya, dia juga berbangga dan lega kerana perniagaan yang diusahakan dengan suami, Asyraf Khalid, juga semakin berkembang dalam empayarnya yang tersendiri.

“Alhamdulillah, perniagaan kami di bawah jenama Mutyara Beauty juga nyata memberikan impak besar dalam kehidupan saya. Meskipun ada pasang surutnya, namun saya yakin, semua ini adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

“Banyak pengiktirafan untuk jenama yang kami berdua usahakan ini, dan ia sungguh tidak terjangkakan,”katanya.

Menurut Tya, antara anugerah keusahawanan yang diraihnya sebelum ini termasuk Anugerah Superbrands 2021, Nona Superwoman Awards 2020 menerusi kategori Most Promising Entreprenuer Award serta The BrandLaureate SMEs Best Brands e-Branding Award.

Tidak cuma itu, Tya juga dipilih sebagai pemenang Anugerah Ikon Selebriti Rakan Sokongan Penyusuan Susu Ibu peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya