NOIR ambil langkah berani taja AJL36 - Utusan Malaysia

NOIR ambil langkah berani taja AJL36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk dipasarkan, syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd buat kali pertama berjinak-jinak sebagai penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36).

Ia seterusnya bakal membawa debaran anugerah yang mengangkat bakat komposisi itu ke pelusuk negara dengan program Jelajah NOIR AJL36.

Syarikat yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu sejak tahun 2017 itu memperkenalkan pasukan #gengcantiknoir sebagai jentera utama mengemudi siri jelajah ini.

Madammu yang baru-baru ini turut muncul di pentas Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) amat teruja dengan kolaborasi strategik bersama program hiburan televisyen paling popular itu.

Siri jelajah itu dijangka bermula 24 Januari ini dan tamat pada 26 Februari depan dengan #gengcantiknoir bakal menemui khalayak di Utara, Selatan, Pantai Timur hingga ke Lembah Klang.

“Ia juga merupakan misi mempromosi program usahawan NOIR dengan objektif ingin menarik lebih ramai wanita yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

“Tak ketinggalan, ia juga untuk mempromosi jenama produk ini dan bertemu Madammu secara dekat,” katanya.

Pengasas NOIR, Madammu bersama pengacara program SFMM36 tempoh hari.

Pada acara SFMM36 itu, Khai Bahar dan Aina Abdul yang juga bolos sebagai finalis AJL 36 turut dinobat sebagai Penyanyi Pilihan NOIR.

Sementara itu, pada 31 Disember lalu, jenama ini menganjurkan sebuah acara bagi menghargai agen, stokis atau ahli menerusi Majlis Penyampaian Hadiah Purple Bonanza.

Pertandingan dianjurkan sejak Februari hingga Ogos lalu yang menawarkan ganjaran hebat dengan sebuah Proton X50 kepada pemenang utama dan dua buah Proton Iriz serta 10 biji motosikal kepada ahli berprestasi tinggi yang menang dalam Cabutan Bertuah Purple Bonanza.

NOIR pernah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

Noir turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori Cosmetic and Skin Care Solution.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya