Maya Karin tepis dakwaan dikaitkan dengan individu berpangkat Datuk - Utusan Malaysia

Maya Karin tepis dakwaan dikaitkan dengan individu berpangkat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Maya Karin tampil menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan seorang individu berpangkat Datuk.

Pelakon itu yang ditemui semalam berkata, dia sememangnya berkawan baik namun tidak mempunyai hubungan istimewa dengan individu tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.

“Ya, memang kami rapat. Tetapi bukan seperti yang didakwa. Kami hanya berkawan baik.

“Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul,” jelasnya.

Maya berkata demikian ketika hadir di sidang media filem Telaga Suriram di ibu kota baru-baru ini.

Hadir sama adalah sutradara terkenal Osman Ali serta barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriati, Nabila Huda, Farid Kamil, Scha Alyahya.

Dalam pada itu, Maya mengakui masih terbuka hati untuk berumah tangga.

Namun pelakon jelita ini berkata tidak ada tekanan untuk itu dan ketika ini lebih memilih untuk menambah lebih ramai kenalan dan meluaskan jaringan sosial.

“Tentu sekali saya masih mahu berumah tangga. Tetapi sekarang saya hanya menambah lebih ramai kenalan. Meluangkan lebih masa, bertemu kawan baharu meskipun dahulu saya merasakan tiada keperluan. Segan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa terbaik untuk saya kenal lebih ramai orang. Tambah jaringan sosial.

“Jadi, buat masa ini tiada tekanan untuk berkeluarga,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya