“Kak Mitch sentiasa juara untuk saya!” - Peminat titip semangat buat Misha Omar - Utusan Malaysia

“Kak Mitch sentiasa juara untuk saya!” – Peminat titip semangat buat Misha Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Misha Omar berbesar hati apabila berpeluang bersaing satu pentas dengan penyanyi-penyanyi muda pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), Sabtu lepas.

Menurut Misha, meskipun gagal melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL), dia tetap positif.

“Alhamdulillah, semalam (Sabtu) Kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita. Meskipun lagu Kak Mitch tidak berjaya ke AJL 36.

“Percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk Kak Mitch menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu. InsyaAllah.

“Doakanlah mudah-mudahan Kak Mitch boleh mencipta lagu yang lebih baik dan berkualiti pada masa akan datang,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu popular Tanpa Rela itu turut meluahkan penghargaan buat semua pihak yang tidak pernah lekang menyokong dirinya dari belakang.

“Terima kasih buat kawan-kawan semua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke SFMM 36.

“Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yang diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni dari semasa ke semasa.

“Terima kasih kepada pihak Sony Music kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan Kak Mitch untuk diketengahkan,” ujarnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa sedih kerana penyanyi pujaan mereka gagal menempatkan diri sebagai finalis.

Namun, mereka tetap menganggap penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu sebagai juara di hati mereka.

“Kak Mitch tetap juara di hati kami. Sayang Kak Mitch,” komen salah seorang peminatnya.

“Saya menangis kenapa Tanpa Rela tidak masuk. Menahan bibir dari berkata bukan-bukan. Tidak mengapa Kak Mitch sentiasa juara untuk saya! Sayang kakak!” tulis juga seorang peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya