Joni Mitchell gesa Spotify gugurkan semua lagunya - Utusan Malaysia

Joni Mitchell gesa Spotify gugurkan semua lagunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bintang antarabangsa, Joni Mitchell menggesa Spotify agar menggugurkan kesemua lagu-lagunya daripada platform penstriman digital tersebut.

Menurut Abc News, gesaan Mitchell itu dibuat sebagai sokongan kepada rakan artis yang juga penyanyi legenda muzik country, Neil Young yang menentang Spotify gara-gara tindakan platform berkenaan membenarkan seorang individu menyebarkan maklumat palsu berkenaan wabak Covid-19 menerusi sebuah rancangan podcast yang disiarkan baru-baru ini.

“Individu tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu yang mengakibatkan nyawa orang ramai terancam.

“Saya bersolidariti bersama Neil Young dan komuniti saintifik serta perubatan global berkaitan isu ini,” katanya.

Sementara itu, Young menerusi kenyataannya beberapa hari lepas memberitahu beliau lega kerana meninggalkan Spotify.

“Saya berhak untuk tidak meletakkan muzik saya pada platform yang menyokong penyebaran maklumat-maklumat yang membahayakan.

“Saya menyatakan solidariti untuk barisan hadapan dan petugas-petugas kesihatan yang membahayakan nyawa mereka demi membantu masyarakat. Dengan itu, saya bangga dan gembira,” tulisnya.

Spotify yang tidak berdiam berkenaan perkara itu, menegaskan pihaknya memiliki polisi sedia ada untuk menggugurkan maklumat-maklumat palsu daripada platformnya.

Tegas Spotify, pihaknya telah membatalkan lebih daripada 20,000 episod podcast yang membincangkan tentang wabak berkenaan sejak pandemik melanda.

Namun, perkhidmatan penstriman tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan program podcast The Joe Rogan Experience yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Tahun lalu, Rogan menjentik kemarahan ramai apabila mengundang pakar penyakit berjangkit, Dr. Robert Malone sebagai tetamu program podcastnya itu.

Malone sebelum ini digam Twitter kerana menyebarkan maklumat palsu berkaitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya