‘Janji tetap janji’ -Nur Sajat buka perniagaan di Australia - Utusan Malaysia

‘Janji tetap janji’ -Nur Sajat buka perniagaan di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzaman melaksana hasratnya sebelum ini untuk membuka sebuah perniagaan di Australia.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menerusi entri Instagram miliknya, baru-baru ini.

Kongsi Sajat, dia menzahirkan rasa syukur kerana berjaya membuktikan cita-citanya yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Selain usahawan itu sempat mempelawa pengikutnya yang berminat mahu ke negara berkenaan untuk bekerja dengannya.

“Alhamdulillah, tunggu pembukaan Nur Sajat Legacy Cosmetics di Sydney. Janji tetap janji. Pasukan Sajat akan berkepak di Australia.

“Bersyukur sangat dengan pasukan Sajat di Australia. Yang mana hendak bekerja dengan Sajat, kamu sudah bersedia nak berhijrah kerja di luar negara?

“Bulan empat atau lima Sajat akan membuka perniagaan. Tunggu,” kongsinya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat usahawan sensasi itu atas kejayaan pembukaan perniagaan baharu di negara Kanggaru itu.

Terdahulu, proses lelongan aset dan harta Sajat dilakukan di kediamannya di Kota Damansara bermula 10.30 pagi, pada 15 September lalu.

Seorang pembida lelaki berjaya dalam proses lelongan sebahagian barang-barang di kediaman usahawan kosmetik tersebut, pada harga RM 132,000.

Secara keseluruhan, pembidaan berkenaan bakal mendapat set barang-barang di ruangan dapur, ruang tamu serta set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat berkenaan.

Bagaimanapun, Sajat menyatakan dirinya tidak kisah kesemua asetnya di Malaysia dilelong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya