“Hayder dah nak jadi abang” -Eyra Hazali hamil cahaya mata kedua - Utusan Malaysia

“Hayder dah nak jadi abang” -Eyra Hazali hamil cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Eyra Hazali, mengumumkan dirinya kini hamil cahaya mata kedua menerusi entri Instagram miliknya.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon itu selepas memuat naik satu video yang diihat sedang memberi kejutan buat suaminya mengenai perkara tersebut.

Menerusi video berkenaan, suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzil menzahirkan rasa teruja dan tersenyum gembira selepas membuka sebuah kotak yang berisi alat ujian kehamilan.

“Alhamdulillah, empat bulan lagi. Doakan kami semua sihat ya,” tulisnya di Instagram.

Selain itu, perkhabaran gembira itu turut dikongsikan bersama ahli keluarga suaminya menerusi panggilan video.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja selain menitipkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu.

“Alhamdulillah, tahniah kak Eyra,” komen seorang peminat.

“Wah, Hayder nak jadi abang dah lah. Tahniah kak Eyra,” komen juga seorang peminatnya.

“Awh, tahniah kak Eyra! Yeay, Hayder dah nak jadi abang,” komen lagi seorang warganet.

Sekadar informasi, Eyra dan Haziq diijab kabulkan pada tanggal 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya